Saturday, May 31, 2008

Fikir Sebentar

Makanan yang paling lazat ialah makanan yang dimakan ketika lapar.
Air yang paling nikmat ialah air yang diminum ketika kehausan.
Tidur yang paling nyenyak ialah tidur dalam keadaan keletihan.
Kejayaan yang paling indah ialah kejayaan sesudah melalui pelbagai rintangan dan pengorbanan untuk merealisasikannya.
-DR. Aidh Abdullah Al-Qarni.
Selengkapnya...

Tuesday, May 27, 2008

Minda Kelas Pertama

Saya tertarik dengan tajuk ini. Minda Kelas Pertama? Apa sebenarnya minda kelas pertama? Kalau ada minda kelas pertama, adakah ada minda kelas kedua, ketiga dan seterusnya?

Sebenarnya pada hari semalam dan hari ini iaitu pada 26 dan 27 Mei 2008 ini telah dan akan diadakan Seminar Psikologi dan Kaunseling Kebangsaan Kali Ke-3 Kementerian Pelajaran Malaysia bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Saya merupakan salah seorang peserta di seminar selama 2 hari tersebut.

Berbalik kita kepada topic yang disebutkan.

Semalam semasa sesi pertama kami diberi penerangan yang bertajuk: Coaching & Mentoring Menjana Budaya Minda Kelas Pertama Di Kementerian Pelajaran Malaysia. Ianya disampaikan oleh Tuan Haji Masbah bin Dato’ Haji Mohd Taha iaitu Setiausaha Bahagian Psikologi dan Kaunseling KPM.

Pagi ini pula iaitu mulai jam 8.30 pagi nanti satu taklimat bertajuk Aplikasi Minda Kelas Pertama Dalam Perkhidmatan Awam yang akan disampaikan oleh Dato Dr. Haji Ismail bin Alias iaitu Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.

Kedua-dua tajuk tersebut menekankan kepada Minda Kelas Pertama. Jadi tentu kita semua ingin tahu apakah yang dimaksudkan dengan Kelas Pertama tersebut. Bukan begitu?

Perkataan “Minda Kelas Pertama” pertama kali saya dengar semasa disebut oleh YAB Perdana Menteri semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke-9 (2006 – 2010) pada 31 Mac 2006. Selepas itu kita dengar perkataan tersebut sering diucap di dalam seminar- seminar dan ucapan-ucapan penting. Jadi apa kata Perdana Menteri kita mengenai ‘minda kelas pertama’ ini?

“Masyarakat ‘berminda kelas pertama’ adalah masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral. Masyarakat tersebut juga tahu menghayati dan menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah negara, bangsa dan agamanya.. Identiti nasionalnya kekal terserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi. Prinsip-prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan kepada Raja dan negara sentiasa disanjung”. – Ucapan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa membentangkan RM9 2006-2010 pada 31 Mac 2006

Jadi dah jelaslah sekarang apa itu Minda Kelas Pertama? Dah terjawablah apakah yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri dengan masyarakat berminda kelas pertama.

Setelah 2 tahun kita cuba membina ‘masyarakat berminda kelas pertama’, tentulah banyak peruntukan dan perancangan yang telah dijalankan oleh kerajaan untuk merealisasikan hasrat tersebut. Saya pun bertanya kepada diri sendiri : “Adakah aku berminda kelas pertama? Ya, saya berazam untuk menjadi seorang warganegara berminda kelas pertama!’.

Bagaimana caranya?

Saya teringat kata-kata Tn. Hj Mukhsin (Kaunselor PPD Hulu Langat) kepada saya semasa kami membincangkan mengenai IQ, EQ dan SQ di pejabatnya. “Sebagai seorang kaunselor, umpamakan diri kita sebagai air mutlak”. Ingat lagi semasa kita belajar agama dulu. Ustaz ajar kita mengenai air mutlak, air mustakmal, air mutanajis dan sebagainya? Masih ingatkan? Ya, sebagai seorang kaunselor umpamakan diri kita sebagai “Air Mutlak” iaitu air yang suci lagi menyucikan.

Jadi, supaya hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat berminda kelas pertama berhasil, marilah kita bersama-sama berazam untuk menyahut seruan kerajaan, membantu kerajaan merelisasian impian bersama: Kita sebagai masyarakat berminda kelas pertama.

Mungkin kata-kata di bawah boleh direnungi bersama:

“Seorang kaunselor umpama sepohon pokok. Akarnya dapat menyerap segala zat, mineral dan baja di sekitarnya dan kemudian menyalurkan ke buah di atas pokok. Akar, batang, dahan dan ranting perlu kukuh dan kuat. Apatah lagi sekiranya kita berbuah banyak. Suatu masa pohon tersebut akan mati jua di telan usia. Tapi biarlah buahya dimakan dan bijinya di semai kerana pohon tersebut telah menghasilkan buah yang manis, sedap dan bermutu”.

Selengkapnya...

Wednesday, February 13, 2008

KALENDAR PERSEKOLAHAN TAHUN 2008

Kalendar Persekolahan Tahun 2008

Kumpulan A

I

Hari Persekolahan

02.01.2008

06.03.2008

47

Cuti Pertengahan Penggal

07.03.2008

15.03.2008

9

Hari Persekolahan

16.03.2008

22.05.2008

50

Cuti Pertengahan Tahun

23.05.2008

07.06.2008

16

II

Hari Persekolahan

08.06.2008

14.08.2008

50

Cuti Pertengahan Penggal

15.08.2008

23.08.2008

9

Hari Persekolahan

24.08.2008

13.11.2008

60

Cuti Akhir Tahun

14.11.2008

03.01.2009

50

Jumlah

291

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am

207

Jumlah Hari Cuti Penggal

84

Selengkapnya...

SELAMAT DATANG KE UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Kepada pelawat-pelawat laman web ini kami mengucapkan selamat datang. Ahlan wa Sahlan.
Tujuan laman web ini diwujudkan adalah untuk menyambut seruan supaya setiap unit bimbingan dan kaunseling sekolah-sekolah negeri Selangor mempunyai laman web sendiri. Ianya bukan setakat memudahkan sahabat-sahabat kaunselor untuk berhubung malah memberi manfaat kepada warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu sehingga laman web ini dapat dibina. Semoga bahan-bahan yang ada di dalam laman web ini dapat dikongsi bersama. Kepada sahabat-sahabat yang ingin berkongsi maklumat dan cadangan bolehlah alamatkan ke alamat e-mel saya: izharzaid@gmail.com.
Selamat melayari laman web ini.
Selengkapnya...